Permainan Bahasa

PERMAINAN BAHASA

1. Permainan Kotak Beracun
             
        Saya telah menjalankan permainan ini untuk semua murid dalam satu kumpulan sahaja. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Murid akan menyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan  seterusnya. Apabila muzik dihentikan, murid terakhir yang memegang kotak itu akan didenda. Murid yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi perkataan  lalu dikehendaki membaca perkataan itu dengan kuat. Murid yang didenda perlu menyatakan perkataan yang diambil itu sama ada kata nama am atau kata nama khas. Murid tersebut boleh meneruskan permainannya jikalau dia memberi jawapan yang betul. Sekiranya, jawapan yang diberikan oleh murid tersebut salah maka murid itu akan disingkirkan dari permainan. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula seperti pusingan pertama.
Contoh:
1.      ayam  - kata nama am
2.      Melaka – kata nama khas

2. Membentuk Perkataan kata nama am atau kata nama khas

     Setiap kumpulan murid telah diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya. Murid-murid  dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk perkataan yang betul ejaannya. Setelah membentuk perkataan yang betul ejaannya, murid – murid juga dikehendaki menyatakan jenis perkataan tersebut samaada kata nama am atau kata nama khas. Kumpulan yang membentuk banyak perkataan serta dapat mengkategorikan perkataan dengan betul dalam masa yang diperuntukan dikira sebagai pemenang.

 
3. Kuiz  

Saya telah menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa dari unit kata nama am dan kata nama khas. Semasa menjalankan kuiz ini murid-murid tahun 3 Kambar dibahagikan kepada lima kumpulan yang berasingan dan telah diberi nama . Setiap kumpulan diberikan masa selama 3 minit untuk menyenaraikan  kata nama am dan  kata nama khas dalam kumpulan masing - masing. Kumpulan yang dapat menyeneraikan lebih banyak kata nama am dan katanama khas dalam masa yang diperuntukan diambilkira sebagai kumpulan pemenang.
  
Contoh:

Senaraikan kata nama am
1.______________
2.______________

Senaraikan kata nama khas
1._______________
2._______________